SEORANG lelaki berusia 56 tahun bukan sahaja ditipu, malah ditinggalkan di tepi jalan. Keadaan itu menyebabkan dia terkandas di Jalan Bang Na-Trat, Bang Phli, di Samut Prakan, Thailand. Ketika kejadian, Phorncharoen yang berasal dari Udon Thani, dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menjaga adik perempuannya yang sakit akibat diabetes. Bagi menampung kos pengangkutan, dia terpaksa menjual periuk nasi dan peti sejuknya pada harga 800 baht (RM107). Selepas memuatkan barang-barangnya ke dalam van, pemandu itu memintanya untuk menunggu van lain yang sebenarnya tidak wujud. Menyedari diri ditipu, buruh binaan itu ditemui menangis di tepi jalan dengan barang-barangnya berselerak di sekelilingnya. Dia cuba menunggu selama beberapa jam, tetapi van tidak kunjung tiba. Dia cuba menahan teksi, tetapi tiada yang berhenti. Menurut laporan KhaoSod, kehadirannya kemudian disedari oleh sepasang suami isteri yang menaiki motosikal. Phorncharoen mendedahkan dompetnya, yang pada mulanya disimpan di dalam van bertutup rapat. Namun, sebaik turun dari van, dia mendapati dompetnya terbuka dan tinggal hanya 200 baht (RM27). Dia bagaimanapun tidak pasti bagaimana dia kehilangan wangnya. Ketika itu, dia hanya terdesak untuk pulang ke kampung untuk menjaga adiknya yang sakit. Kisahnya kemudian meraih perhatian dan ada yang mahu menghantar Phorncharoen pulang ke Udon Thani, malah terdapat penyumbang yang menawarkan untuk menampung kos petrol bagi perjalanannya.- Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube