MISTERI bau busuk yang menyelubungi persekitaran sebuah rumah di Banyuasin, Palembang, Indonesia terbongkar dengan penemuan empat mayat yang disyaki dibunuh selepas disamun Identiti empat mayat tersebut dikenal pasti sebagai Heri, 50; ibu Heri iaitu Masturo, 70; dan dua anak Heri iaitu Aurel, 6, dan Marsel yang berumur 11 tahun. Semuanya bermula apabila penduduk kampung yang sedang menebas rumput di kawasan berhampiran rumah keluarga malang berkenaan tercium bau busuk, Rabu lalu Selepas dicari dan diperiksa, ternyata penduduk tersebut terkejut apabila menemui jasad empat sekeluarga itu lalu segera menghubungi polis. Menurut penduduk kampung, difahamkam keluarga tersebut baharu menjual tanah bernilai 200 juta rupiah (RM59,977.90) sebelum kejadian. Justeru mereka mengesyaki motif pembunuhan keluarga berkenaan adalah rompakan. Sangkaan tersebut dikuatkan lagi dengan kehilangan barang berharga di rumah mangsa termasuk sebuah motosikal. Kes berkenaan masih dalam siasatan polis. -Serambinews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube