suria

Enggan berhenti di sekatan jalan raya, remaja tunggang motosikal rempuh polis hingga patah kaki

Pegawai polis dilanggar oleh seorang remaja yang menunggang motosikal sehingga patah kaki. -Gambar VNExpress

SEORANG penunggang motosikal bukan sahaja enggan memberhentikan kenderaannya ketika melalui sekatan jalan raya, malah bertindak merempuh seorang pegawai polis sehingga menyebabkan sebelah kaki anggota tersebut patah.

Video ketika kejadian yang berlaku pada 11 Disember lalu di wilayah Nghe An, Vietnam turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Polis berkata pihaknya akan menyiasat penunggang motosikal tersebut, seorang remaja berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Ba Hoai Nam kerana sengaja mencederakan pegawai polis.

Difahamkan, polis meminta Nam untuk berhenti kerana tidak memakai topi keledar dan motosikalnya juga tidak mempunyai cermin.

Namun, remaja tersebut enggan berhenti sebaliknya terus memecut sehingga melanggar seorang pegawai polis, Leftenan Nguyen Xuan Canh, menyebabkan dia terjatuh dan sebelah kakinya patah.

Pegawai itu kemudian dihantar ke sebuah hospital di Hanoi untuk mendapatkan rawatan.

Nam mengaku dia menyedari melakukan kesalahan melanggar peraturan lalu lintas tetapi cuba mengelak sekatan jalan raya supaya tidak disaman. -VNExpress

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain