suria

Wanita warga emas maut, dua cedera dihempap pokok Krismas

Sebatang pokok Krismas tumbang ketika ribut kencang di Belgium pada Khamis. -Gambar AP

SEORANG wanita maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok Krismas tumbang menimpa mereka di pasar Belgium, pada Khamis.

Rakaman CCTV merakamkan detik pokok setinggi 20 meter itu tumbang ketika ribut sedang melanda di bandar Oudenaarde.

Rakaman tersebut menunjukkan pokok yang diterangi cahaya bergemerlapan itu perlahan-lahan mula senget sebelum tumbang di sebelah pasar Krismas yang sibuk itu.

Insiden berkenaan sedang disiasat, kata jurucakap pendakwa wilayah Oost-Vlaanderen.

"Siasatan akan memberi tumpuan sama ada pokok itu telah ditambat dengan betul dan juga akan melihat kesan cuaca," kata jurucakap itu.

Mangsa yang maut adalah seorang wanita berusia 63 tahun dari Oudenaarde, manakala dua lagi wanita mengalami cedera ringan dalam kejadian itu.

Ribut Pia yang melanda United Kingdom dan Belanda pada Khamis, turut melanda barat Belgium, di mana perkhidmatan cuaca mengeluarkan amaran kod kuning untuk kawasan pantai. -Skynews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain