SEORANG lelaki didakwa menyerang dan membunuh rakannya dengan kejam, gara-gara mempersendakan teman wanitanya. Kejadian ngeri itu dilakukan oleh seorang lelaki warga Vietnam terhadap rakan senegaranya di sebuah bilik sewa. Susulan itu, suspek dan teman wanita yang merupakan warga Laos melarikan diri dengan menaiki motosikal. Kedua-dua mereka bagaimanapun ditahan polis di Khon Kaen. Mangsa berusia 37 tahun ditemukan di sebuah asrama di Mueang Khon Kaen dan kemudian dibawa ke sebuah hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya. Menurut laporan KhaoSod, difahamkan pasangan itu menjemput beberapa rakan ke bilik sewa mereka untuk satu perjumpaan kecil. Mangsa dilaporkan mengejek teman wanita suspek, sehingga mencetuskan pertengkaran. Suspek kemudian menggunakan pisau tajam dan menyerang rakannya sehingga menyebabkan kematian. Kes tersebut dalam siasatan, manakala suspek bersama teman wanitanya ditahan polis. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube