suria

Wanita cemas bermalam di hospital, kaki pucat muncul sebalik langsir... Netizen tampil beri penjelasan

Pengalaman mistik dilalui seorang wanita di hospital.

SATU detik yang mengerikan untuk bermalam di hospital dan mempunyai entiti dari alam lain menemani.

Begitulah kisahnya untuk seorang wanita di Indonesia apabila dia terlantar di sebuah hospital dan melihat sepasang kaki pucat sedang berdiri di sebalik tirai langsir yang bertutup.

Berdasarkan video yang tular di platform TikTok, wanita tersebut berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi waktu tempatan.

Dalam video tersebut, sepasang kaki seperti sedang berdiri dan tidak bergerak dilihat di sebalik tirai sebuah katil pesakit, bersebelahan dengan katil wanita berkenaan.

Tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian dan butiran lanjut mengenai keadaan wanita tersebut selepas dia menyaksikan situasi itu.

Video tersebut menjadi perhatian pengguna media sosial.

“Bagaimana kalau ‘dia’ tiba-tiba buka langsir? Kalau saya, sudah gila jadinya

"Saya yakin itu adalah patung anatomi yang doktor gunakan untuk tunjukkan ilustrasi organ dalaman manusia.

“Kakinya bukan seperti kaki orang,” kata sebahagian warga maya. - Liputan 6

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain