KEGEMBIRAAN melangsungkan majlis perkahwinan bertukar duka apabila bot yang membawa rombongan pengantin tenggelam, dipercayai akibat dipukul ombak besar. Dilaporkan, bot tersebut membawa rombongan seramai 37 penumpang. Setakat ini, dua mangsa maut, 33 penumpang selamat dan dua lagi masih hilang. Kejadian berlaku di perairan Pulau Ambo, Mamuju, Sulawesi Barat di Indonesia, pada Rabu lalu. Ketika kejadian, rombongan pengantin dalam perjalanan dari Pulau Ambo ke Kampung Sumare Mamuju. Setakat Jumaat, dua mangsa insiden bot karam yang hilang itu belum ditemui. Pasukan Penyelamat Mamuju Basarnas meneruskan pencarian kedua-dua mangsa dengan meluaskan kawasan pencarian. Dalam kejadian itu, bot yang membawa 37 penumpang rombongan pengantin terlibat dalam kemalangan akibat dipukul ombak kuat dan tenggelam pada kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan. Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada pengantin turut terlibat dalam nahas. - Tribun Trends Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube