suria

Selepas 33 tahun, harga rumah filem ‘Home Alone’ melonjak lebih 400 peratus

Rumah mewah 'Home Alone' terletak di Winnetka di Chicago, Amerika Syarikat -Gambar Airbnb

MENJELANG Krismas, pasti ramai yang teringat filem Home Alone yang mengisahkan tentang keluarga McCallister, dengan watak utamanya, Kevin lakonan Macaulay Culkin.

Home Alone, filem yang ditayangkan pada 1990 mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Kevin yang tidak sengaja ditinggalkan bersendirian di rumah oleh keluarganya ketika pergi bercuti sempena Krismas.

Kevin cuba mempertahankan rumah keluarganya daripada dirompak dua pencuri dengan rancangan dan strateginya tersendiri.

Catherine O’Hara dan Macaulay Culkin dalam satu babak di dalam rumah menerusi filem Home Alone. -Gambar 20th Century Fox/Kobal/Shutterstock

Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa nilai rumah mewah mereka?

Menurut laporan New York Post, pada 1990, kediaman yang dilengkapi enam bilik tidur yang terletak di Winnetka di Chicago, Amerika Syarikat ini bernilai AS$620,000 (RM2.9 juta), dan memerlukan pendapatan tahunan sebanyak AS$175,000 (RM814,713) untuk mengekalkannya.

Rumah 'Home Alone' yang dirakamkan pada November 2021. -Gambar TNS

Selepas 33 tahun pada hari ini, aset tersebut melonjak kepada AS$2.3 juta (10.7 juta) iaitu melebihi 400 peratus daripada kos asalnya.

Rumah 'Home Alone' sebenar memperoleh hampir AS$1.6 juta (RM7.45 juta) pada 2012.

Bagi calon pembeli yang berminat, bayaran pendahuluan yang diperlukan adalah AS$466,977 (RM2.17 juta), 20 peratus ​​daripada nilai hartanah, menjadikan rumah ini tercatat sejarah tersendiri.

Selain Home Alone, rumah agam ini turut menjadi lokasi filem sekuelnya, Home Alone 2, Lost In New York.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain