suria

Lelaki nekad bakar rumah mentua, tak mampu terima kenyataan isteri minta cerai

Tindakan khianat seorang lelaki membakar rumah kerana isterinya meminta cerai.

PERASAAN amarah yang tidak dapat dikawal boleh membawa padah.

Begitulah tragedi yang menimpa seorang warga emas di Indonesia apabila dia terbunuh selepas menantu lelakinya nekad membakar rumah mereka kerana berang isterinya meminta cerai.

Ketua polis daerah Kalideres, Abdul Jana berkata, kebakaran itu turut menyebabkan dua lagi mangsa termasuk isteri suspek, melecur teruk.

“Dalam kebakaran itu, mentua suspek bernama SH, 70, meninggal dunia akibat melecur teruk,” kata Abdul.

Menurutnya, suspek yang dikenali sebagai RH, 50, gagal mengawal perasaan selepas isterinya meminta cerai.

Dia kemudian membakar rumah mereka sehingga hangus dijilat api.

Akibat kejadian itu, hampir 58 peratus badan suspek melecur, manakala isterinya melecur 45 peratus.

Suspek dan mangsa masih menjalani rawatan di Hospital Besar Daerah Cengkerang. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain