TERGAMAK seorang anak menyakiti ibunya! Begitulah kisahnya apabila seorang wanita diikat pada tiang elektrik dan dipukul oleh cahaya matanya sendiri kerana memetik bunga kubis daripada kebun si anak. Dalam kejadian di Keonjhar, Odisha, India itu, wanita berusia 70 tahun tersebut dihukum kerana memakan sayur yang dipetik dari kebun anaknya di Kampung Sarasapasi. Ketika pertengkaran antara anak lelaki dan ibu itu semakin memuncak, anak tersebut bertindak mengikat wanita warga emas berkenaan pada tiang dan memukulnya. Kemarahan anak itu tidak terbatas sehingga penduduk kampung yang cuba campur tangan turut diugut. Wanita itu kemudiannya diselamatkan oleh penduduk kampung dan dihantar ke Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur untuk menerima rawatan lanjut. “Wanita itu dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan pada 20 Disember lalu,” kata Dr. Abhijit Dixit dari Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur. Polis kemudian bertanya kepada wanita itu mengenai kejadian itu dan dakwaan telah difailkan terhadap anaknya di bawah undang-undang berkaitan. - India Today Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube