suria

Tragis! Lebih 70 sekeluarga termasuk petugas PBB terbunuh dalam serangan Israel

Tentera Israel melancarkan serangan berhampiran Semenanjung Gaza. -Gambar AP

SEORANG pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama lebih 70 ahli keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel berhampiran Bandar Gaza.

Tragedi berdarah itu berlaku ketika ratusan orang terkorban dalam pengeboman yang lebih intensif sejak resolusi Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat yang telah dikritik sebagai 'sangat tidak mencukupi'.

Issam Al Mughrabi, 56, yang berkhidmat untuk Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) selama tiga dekad terbunuh bersama isteri dan anak-anaknya dalam serangan udara Israel, pada Jumaat.

“Selama hampir 30 tahun, Issam telah bekerja dengan UNDP melalui Program Bantuan kami kepada Rakyat Palestin.

“Kehilangan Issam dan keluarganya amat memberi kesan kepada kami semua. PBB dan orang awam di Gaza bukan sasaran,” kata pentadbir UNDP Achim Steiner dalam satu kenyataan.

Mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Issam dan rakan sekerja, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan di laman X bahawa 'golongan kemanusiaan tidak boleh menjadi mangsa' dan menggesa gencatan senjata. - Al Jazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain