SATU kejadian yang menjijikkan! Begitulah kisahnya apabila sepasang kekasih di Kebumen, wilayah Jawa Tengah, Indonesia ditangkap sedang 'bermesraan' di dalam sebuah kenderaan ketika orang ramai menunaikan solat Jumaat. Kejadian dilaporkan berlaku pada 15 Disember lalu di kawasan lot parkir Hospital Muhammadiyah di Gombong. Adegan asmara terbongkar apabila seorang pemandu yang sedang menunggu di dalam kereta terlihat sesuatu yang janggal pada kenderaan milik pasangan kekasih itu. Ia diperhatikan bergegar tanpa sebab dan mempunyai sesuatu yang aneh pada tingkapnya. Pemandu tersebut lantas menghampiri kenderaan jenis Toyota Avanza itu dan terkejut melihat aksi tidak senonoh pasangan berkenaan. Menurut saksi, ia berlaku ketika suasana lengang pada waktu tengah hari semasa umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat. Selepas dicekup, mereka mengaku bukan suami isteri, malah lebih mengecewakan, ternyata masing-masing sudah mendirikan rumah tangga. Susulan kejadian itu, isteri pelaku yang dikenali sebagai M, melaporkan hal tersebut kepada polis kerana berasa malu dengan perbuatan suaminya. - Tribun News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube