suria

Model umur 40 tahun digelar nenek paling cantik, umum kelahiran cucu di media sosial

Malia mengejutkan peminat selepas berkongsi foto dengan seorang bayi. -Gambar Instagram/Maliarehman

MODEL terkenal Malia Rehman mengejutkan peminatnya selepas dia berkongsi foto bersama seorang bayi.

Model kelahiran Jepun itu menjelaskan anaknya yang berusia 21 tahun baru sahaja menimang cahaya mata, sekali gus menjadikan dia kini seorang nenek.

"Selamat datang ke rumah. Semua orang kembali pada musim dingin ini. Sepertinya rumah kita akan menjadi lebih meriah," tulis model itu menerusi Instagram.

Perkongsian itu menyebabkan Malia menerima banyak komen termasuklah yang menggelarkannya sebagai nenek paling cantik.

Meskipun sudah mencecah umur 40 tahun, Malia masih lagi kelihatan muda, malah tubuhnya juga sering menjadi perhatian peminat.

Untuk rekod, Malia diketahui mempunyai empat orang anak hasil hubungannya dengan beberapa atlet.

Malia pada asalnya berkahwin dengan Hayuma Tanaka, Yuhei Sato, dan Maito Santos yang bekerja sebagai pemain bola sepak.

Kemudian, Malia juga telah berkahwin dengan Norifumi "KID" Yamamoto yang merupakan seorang pejuang MMA. - Ulasan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain