suria

Wanita dibakar hidup-hidup selepas tolak lamaran rakan sepermainan

Rakan sepermainan dibunuh kerana tolak lamaran. -Gambar hiasan The Star

GARA-GARA menolak lamaran perkahwinan daripada rakan zaman kanak-kanak, seorang wanita maut selepas dibakar hidup-hidup.

Mangsa R Nandhini, 25, pada awalnya keluar bersama suspek dengan membonceng motosikal pada 7.15 malam Krismas lalu selepas dijanjikan hadiah kejutan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Tempatan Gowtham Goyal berkata, mangsa dibawa ke sebuah petak kosong berhampiran Jalan Ponmar dengan mata tertutup sebelum menyedari dirinya diikat dengan rantai di kaki dan lengan.

"Mangsa kemudian merayu untuk dilepaskan. Bagaimanapun, suspek menuang minyak tanah ke atas mangsa dan membakarnya sebelum melarikan diri.

"Mereka merupakan kawan sepermainan semasa zaman kanak-kanak.

"Tetapi mangsa menolak lamaran perkahwinan suspek kerana dia menunjukkan minat terhadap orang lain di firma IT mereka di Thoraipakkam, Chennai, India," katanya.

Suspek juga didapati datang ke tempat pembunuhan selepas dihubungi polis.

Malah turut membantu membawa mangsa ke hospital.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kesan kecederaan yang dialami.

Tambah polis, suspek telah ditangkap kerana membunuh dan siasatan diteruskan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain