suria

Cinta monyet! Budak tadika beri jongkong emas kepada ‘bakal isteri’

Seorang kanak-kanak memberikan jongkong emas kepada suri hatinya.

HANTARAN yang di luar kebiasaan!

Seorang budak lelaki di bandar Guang’an, wilayah Sichuan memberi jongkong emas bernilai 106,000 yuan (RM69,197) kepada seorang kanak-kanak perempuan di kelas tadikanya sebagai hadiah ‘pertunangan’.

Kejadian itu tular selepas gadis kecil itu menunjukkan dua jongkong emas seberat 100 gram kepada ibu bapanya selepas pulang ke rumah.

Rakaman kejadian memaparkan gadis itu memegang sebuah kotak berwarna merah berisi jongkong emas tersebut.

Ibu bapa budak perempuan itu kemudian menyuruh anak mereka memulangkan hadiah tersebut pada keesokan harinya. Mereka turut menghubungi keluarga budak lelaki itu.

“Ibu bapa budak lelaki itu memberitahu bahawa jongkong emas itu disimpan untuk bakal isterinya di masa hadapan.

"Mereka tidak menyangka dia akan mengambilnya secara rahsia dan memberinya kepada anak kami,” kata ibu gadis itu.

Dia mengingatkan kepada ibu bapa lain supaya berwaspada agar perkara sedemikian tidak berlaku kepada anak mereka. - South China Morning Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain