suria

Nenek 84 tahun gigih kait baju sejuk, sumbang lebih 1,500 helai

Lebih 1,500 helai baju sejuk telah dikait olehnya. -Gambar SCMP

BUKAN sekadar hobi.

Seorang wanita berusia 84 tahun sanggup mengabadikan dirinya dengan mengait baju sejuk untuk disumbangkan kepada kanak-kanak miskin di seluruh China.

Hobi mengaitnya itu membuatkan dia digelar 'nenek baju sejuk' oleh kebanyakan masyarakat.

Merupakan penduduk Ningbo di wilayah timur Zhejiang, Han Cuiju telah mengait lebih daripada 1,500 baju sejuk dalam tempoh satu setengah dekad.

Usaha prihatinnya bermula pada 2005 apabila anak perempuannya membaca tentang kanak-kanak miskin yang maut akibat kesejukan kerana tidak mampu membeli pakaian hangat pada musim sejuk.

“Anak-anak ini sangat kasihan, biar saya mengait baju sejuk untuk mereka,” kata Han yang penuh emosi.

Dia menghabiskan beberapa bulan berikutnya mengait 36 ​​baju sejuk dan meminta anak perempuannya menghantar ke sekolah rendah yang pelajarnya adalah anak pekerja asing dari kawasan pedalaman.

Sejak itu, membuat baju sejuk telah membentuk sebahagian besar kehidupan Han dan dianggarkan dia telah menghasilkan sekitar 1,500 helai sejak dia mula.

Malah katanya, selagi badan mengizinkan, dia akan terus mengait.

Baju sejuknya juga telah didermakan kepada orang kurang upaya dan mangsa bencana seperti gempa bumi, kata laporan. - SCMP.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain