suria

5 maut, ratusan dipindahkan selepas dua pesawat Jepun bertembung di Haneda

Pesawat AJL yang terbakar di Lapangan Terbang Haneda.

SEBUAH pesawat penumpang terbakar selepas bertembung pesawat pengawal pantai Jepun di landasan di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada hari Selasa.

Menteri Pengangkutan Tetsuo Saito mengesahkan bahawa kesemua 379 penumpang penerbangan Japan Airlines JAL-516 selamat keluar sebelum pesawat itu terbakar sepenuhnya.

Juruterbang pesawat pengawal pantai itu juga berjaya menyelamatkan diri, namun lima anak kapalnya maut.

“Mengenai pesawat pengawal pantai, kami telah dimaklumkan bahawa kapten itu selamat manakala lima orang kru disahkan meninggal dunia,” katanya.

Video TV tempatan menunjukkan letusan besar api dan asap dari sisi pesawat Japan Airlines selepas melakukan pendaratan.

Pesawat JAL itu adalah Airbus A-350 yang telah terbang dari lapangan terbang Shin Chitose, berhampiran bandar Sapporo ke Haneda,

Jurucakap Pengawal Pantai Yoshinori Yanagishima berkata pesawatnya ialah MA-722, Bombardier Dash-8. - CBS News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain