suria

Kecoh rakaman ‘degupan jantung bumi’ selepas gempa di Jepun... Jalan berombak turun naik seperti orang bernafas

Laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada turapan bata bergerak turun dan naik.

SAMBUTAN tahun baru 2024 di Jepun menyaksikan enam individu maut dalam siri gempa bumi kuat yang melanda kawasan pantai baratnya.

Selain video dan gambar yang memaparkan kesan gempa bumi, warga maya turut dikejutkan dengan rakaman laluan pejalan kaki yang kelihatan turun dan naik beberapa kali.

Video berkenaan dimuat naik di akaun TikTok @mmmin726 dan kemudiannya tular secara meluas di beberapa platform media sosial lain hingga menarik perhatian netizen Malaysia.

"Macam bumi punya degupan jantung," kata pengguna media sosial penuh teruja.

Beberapa laluan utama putus.

Beberapa laluan utama putus.

Tak kurang juga netizen yang meluahkan rasa takut dan bimbang melihat gerakan berombak itu.

"Kalau kena depan mata, tak tahu nak lari macam mana.

"Scary tengok tanah macam ni... kuasa Allah.

"Subhanallah, takutnya tengok. Auto pucat lesi kalau jadi depan mata sendiri. Nyawa sekat-sekat, kecut perut," ujar beberapa warga maya.

Keadaan selepas gempa melanda Jepun.

Keadaan selepas gempa melanda Jepun.

Tidak kurang juga yang memuji kecanggihan teknologi negara Jepun.

Untuk rekod, gempa melanda negara itu pada petang Isnin menyebabkan kemusnahan pada bangunan dan ribuan isi rumah terputus bekalan elektrik.

Ia juga menyebabkan tsunami dengan ombak berukuran setinggi 1 meter di bahagian barat Jepun serta Korea Selatan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sudah menarik balik amaran tsunami.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain