suria

Lama bersujud atas sejadah, imam meninggal dunia ketika pimpin jemaah solat Subuh

Seorang imam meninggal dunia ketika memimpin jemaah masjid mendirikan solat Subuh pada Selasa.

SEORANG imam meninggal dunia ketika sedang mendirikan solat Subuh di Masjid Jami Al Ula, Kampung Baru, Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia pada Selasa.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular menunjukkan lelaki itu sedang memimpin jemaah mendirikan solat.

Dia kemudiannya sujud dalam tempoh yang lama sebelum rebah secara tiba-tiba di atas sejadah.

Video tular di media sosial itu turut dihujani reaksi netizen yang menganggap ia sebagai kematian yang dicemburui.

"MasyaAllah meninggal dalam keadaan baik, di tempat yang baik juga.

"Semoga husnul khatimah, akhir hidup yang dirindukan setiap insan.

"Kematian yang paling indah, yang didambakan seorang Muslim," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain