suria

Remaja 'dirogol' dalam permainan video, kes pertama disiasat polis

Metaverse merupakan permainan video generasi masa kini. -Gambar hiasan

PERMAINAN video pastinya menyeronokkan sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, situasi berbeza dialami seorang remaja perempuan apabila dia menghadapi serangan 'seksual' ketika bermain dalam metaverse atau realiti digital.

Mendakwa 'dirogol' beramai-ramai oleh orang yang tidak dikenali dalam talian, gadis berusia 16 tahun itu kini disahkan mengalami trauma psikologi dan emosi.

Menurut polis di United Kingdom, siasatan berhubung perkara tersebut telah dimulakan dan merupakan kes pertama yang berlaku dalam permainan realiti maya.

Dilaporkan bahawa gadis remaja itu sedang mencipta set utama dalam permainan video berkenaan sebelum sekumpulan lelaki merogol avatarnya.

"Remaja ini mengalami trauma psikologi sama seperti seseorang yang telah dirogol secara fizikal.

"Terdapat kesan emosi dan psikologi terhadap mangsa yang lebih lama daripada sebarang kecederaan fizikal," katanya.

Bagaimanapun, tidak jelas jenis permainan yang dimainkan oleh gadis itu ketika avatarnya dirogol dalam metaverse. - wion news

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain