suria

Remaja 17 tahun tembak mati rakan sekolah, pengetua pun cedera! Suspek guna senapang patah dan pistol

Suspek (kanan) melakukan serangan kira-kira pukul 7.40 pagi.

SEORANG remaja menembak mati rakan pelajar serta mencederakan lima yang lain menggunakan pistol dan senapang patah dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Iowa, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Memetik portal Daily Mail, polis menerima laporan berkenaan kes tembakan yang berlaku sekitar pukul 7.40 pagi di Perry High School ketika kelas masih belum bermula.

Suspek dikenal pasti sebagai Dylan Butler, 17, yang juga merupakan pelajar sekolah tersebut.

Pihak berkuasa mengesahkan suspek ditemukan mati dengan kesan tembakan yang menunjukkan dia membunuh diri.

Menurut penolong pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Iowa, mangsa yang maut ditembak ialah Mitch Mortvedt berusia 12 tahun, merupakan pelajar gred enam.

Turut mengalami kecederaan adalah pengetua sekolah iaitu Dan Marburger serta empat lagi pelajar lain di sekolah berkenaan.

Terdahulu, Butler dikatakan menghantar beberapa 'mesej' menerusi laman TikTok sebelum ini melakukan tembakan rambang.

Selain itu, pihak berkuasa turut menjumpai bahan letupan buatan sendiri di sekolah itu, bagaimanapun ia berjaya dilupuskan.

Susulan apa yang berlaku, waktu persekolahan pada hari kejadian dibatalkan dan sesi kaunseling diberikan kepada mereka yang terkesan dengan insiden tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain