SEORANG pramugara meninggal dunia ketika pesawat British Airways sedang bersiap untuk berlepas dari London ke Hong Kong pada 31 Disember lalu. Pramugara berusia 52 tahun itu tiba-tiba rebah di hadapan penumpang sebelum penerbangan BA 32 dijangka berlepas. Ketika itu, pintu pesawat telah ditutup dan juruterbang juga dilaporkan telah meminta kebenaran untuk berlepas. Susulan kejadian itu, kapten penerbangan segera meminta bantuan perubatan untuk memeriksa keadaan kru tersebut. Penerbangan itu dibatalkan atas alasan "kecemasan perubatan". Jurucakap British Airways memberitahu Daily Star dalam satu kenyataan: "Ingatan kami bersama keluarga dan rakan sekerja kami pada masa yang sukar ini." - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube