suria

Ngeri! Wanita ditusuk anak panah di kepala, pipi selepas selamatkan jiran

Keadaan kecederaan yang dialami mangsa.

SEORANG wanita terpaksa menahan kesakitan akibat ditusuk anak panah selepas menyelamatkan jirannya yang hampir dirogol.

Menceritakan kejadian yang berlaku, ujar wanita berusia 43 tahun itu, dia menerima panggilan telefon kira-kira pukul 1 pagi daripada jirannya.

"Saya dimaklumkan ada orang cuba memecah masuk rumah dia dan mendapati lelaki tersebut adalah penduduk sekitar," ujarnya.

Bagaimanapun selepas dua minggu berlalu, inidividu tersebut datang ke rumahnya dan meminta dia keluar sebelum memecah masuk melalui pintu hadapan.

Dia kemudian ditumbuk dan ditikam menggunakan anak panah di dahi dan leher. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain