suria

Gelabah tak sempat kurus, artis China ikut petua netizen... Lilit pinggang dengan filem jernih

Plastik filem digunakan untuk mengecilkan pinggang Huang. -Gambar SCMP News

BEAUTY is pain.

Ungkapan bahasa Inggeris ini sesuai untuk menggambarkan pelakon China yang sanggup 'mengikat' pinggangnnya demi kelihatan langsing dan anggun.

Memetik laporan SCMP News, Huang Yi melakukannya demi kelihatan lebih langsing untuk pertunjukan fesyen di wilayah timur Zhejiang selepas beberapa helai baju tidak muat dipakai.

Tindakannya melilit pinggang menggunakan beberapa lapisan filem itu seterusnya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen negara tersebut.

Ia berikutan dia meminta tip untuk menurunkan berat badan dengan cepat kerana dijadualkan akan berjalan di permaidani merah pada acara fesyen berkenaan.

Huang turut memuat naik beberapa gambar dia menggayakan gaun kembang berkenaan.

Huang turut memuat naik beberapa gambar dia menggayakan gaun kembang berkenaan.

“Saya mencuba tujuh pakaian, tetapi saya tidak dapat memakai mana-mana daripadanya.

"Bagaimana saya boleh kurus dalam masa sehari? Saya sedang menunggu penyelesaian anda,” jelas Huang di meedia sosial Weibo.

Pertanyaannya itu kemudian dijawab oleh warga maya yang turut mencadangkan penggunaan plastik filem berkenaan.

“Tarik nafas dan gunakan plastik filem untuk mengeratkan pinggang anda. Ini adalah kaedah yang boleh dilakukan jika tidak mempunyai alternatif lain tetapi anda akan menderita," ujarnya.

Pada 25 Disember, bintang itu mengeluarkan gambar dirinya di pertunjukan fesyen itu memakai gaun bola yang elegan dengan pinggang yang kecil.

"Untuk menyamar sebagai Ratu Salji, saya menggunakan 10 lapisan filem yang dililit pada pinggang," kata Huang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain