suria

Jual seluruh harta dan bisnes, pasangan warga emas jadikan kapal persiaran sebagai rumah

Pasangan warga emas memilih kapal persiaran sebagai kediaman tetap.

CINTA sejati.

Begitulah gambaran kehidupan pasangan warga emas John dan Melody Hennessee yang nekad menghabiskan sisa hidup mereka dengan menjelajah ke seluruh dunia menerusi kapal layar persiaran.

Bukan itu sahaja, pasangan berusia 76 dan 64 tahun itu juga telah menjual hampir kesemua aset dan rumah yang dimiliki termasuk perniagaan yang dijalankan.

Mereka kemudiannya membeli karavan bagi pengembaraan mengelilingi Amerika Syarikat sebelum menyertai kapal persiaran.

Kedua mereka juga bakal menjadi 'pemastautin tetap' bagi kapal persiaran kediaman Villa Vie yang mengelilingi dunia setiap tiga tahun.

Malah mereka menyasarkan tempoh 15 tahun untuk mendiami kapal layar berkenaan. - News Sky

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan