suria

Untung badan! Penganggur dapat kahwin 4 wanita, kehidupan pun disara... Luah hasrat ingin 54 orang anak

Watanabe bersama tiga isterinya.

JEPUN terkenal dengan negara yang mengamalkan perancang keluarga dan mengharamkan poligami.

Bagaimanapun, seorang lelaki dari Sapporo di Pulau Hokkaido, didapati mempunyai empat isteri.

Lebih mengejutkan apabila lelaki yang dikenali sebagai Ryuta Watanabe itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan mahupun sumber pendapatan sejak 10 tahun lalu.

Memetik laporan Oddity Central, ketiga-tiga isterinya dilaporkan tinggal bersama dan berkongsi perbelanjaan harian keluarga serta menanggung kehidupan pemuda berusia 35 tahun itu.

Isteri pertamanya berusia 27 tahun, manakala kedua dan ketiga, masing-masing berusia 24 serta 22 tahun.

Mempunyai seorang bayi berusia 2 tahun dan 1 tahun dengan isteri pertama manakala bayi 5 bulan dengan isteri kedua, dia turut menyuarakan hasrat ingin mempunyai 54 orang anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan