suria

‘Sugar daddy’ dipenjara selepas bayar remaja untuk seks, rakam video intim bersama 2 gadis lain

Aktiviti seks dengan individu bawah umur merupakan satu perlakuan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki Singapura dipenjara selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan seksual dengan remaja perempuan berusia 15 tahun.

Benjamin Huang Junlong, 39, dijatuhi hukuman penjara 25 bulan menerusi perbicaraan mahkamah yang berlangsung pada Jumaat.

Dia dan gadis itu berkenalan menerusi sebuah laman web yang dipenuhi golongan 'sugar babies' dan melakukan hubungan seks sebagai pertukaran untuk sokongan kewangan.

Dia melakukan hubungan seks dengan gadis itu sebanyak beberapa kali dan menawarkan untuk membayarnya sebanyak RM6,283 sebulan.

Apabila dia ditahan kerana disyaki melakukan hubungan seks komersial dengan kanak-kanak bawah umur, polis turut menjumpai video intimnya bersama dua lagi mangsa berusia 21 dan 25 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Pedofil Bayar Untuk Lihat Aksi Seks Kanak-Kanak Secara Online

Dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan penetrasi seksual kanak-kanak bawah umur dan dua pertuduhan seks luar tabii, dengan lapan pertuduhan lagi diambil kira.

Untuk rekod, Huang mula menyertai laman web itu pada pertengahan 2018 dengan niat untuk melakukan hubungan seksual sebagai pertukaran dengan sokongan kewangan. - CNA.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan