KERANA hutang, nyawa jadi pertaruhan. Seorang lelaki Thailand yang tinggal di wilayah Samut Prakan menembak mati menantunya selepas mangsa gagal memulangkan wang yang dipinjamnya. Leftenan Polis Natthanicha Ruengkwan dari Balai Polis Phra Samut Chedi menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9 malam, Selasa. Selepas siasatan, pegawai mendapati seorang lelaki berusia 54 tahun, dikenali sebagai Pai, cedera di dalam bilik tidur di tingkat dua rumah itu. Petugas penyelamat bergegas memberikan pertolongan cemas namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemeriksaan badan mendapati lebih 20 kesan tembakan. Di bilik bersebelahan, Pring berusia 78 tahun hanya duduk sambil menunggu untuk menyerah diri. Pring mendedahkan kepada polis bahawa dia adalah bapa mentua kepada si mati. Polis menahan Pring dan mendakwanya dengan niat membunuh sebelum menghantarnya kepada pegawai penyiasat untuk tindakan undang-undang selanjutnya. - Thaiger. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube