suria

Wanita rancang pembunuhan suami, berang tidak diberikan duit belanja

Suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian suaminya.

BERANG tidak diberikan duit belanja, seorang wanita tergamak merancang pembunuhan suaminya sendiri.

Menurut laporan siasatan, suspek berusia 32 tahun itu melakukan perbuatan tersebut bersama adiknya dan dua pembunuh upahan.

"Sebelum kejadian, mangsa diminta untuk mengambil adik iparnya kerana motosikal yang ditunggang mengalami kerosakan.

"Setibanya di lokasi, mangsa tiba-tiba diserang oleh dua lelaki bersenjata. Dia kemudian ditikam lima kali di bahagian dada, perut dan tangan," ujar penyiasat.

Pasukan penyiasat pada awalnya mengklasifikasikan kejadian sebagai kes rompakan kerana kereta jenis Toyota yang dipandunya tiada di lokasi.

Bagaimanapun selepas siasatan lanjut dilakukan, mangsa dipercayai maut akibat pembunuhan terancang yang dilakukan isterinya.

Ia berikutan terdapat keraguan dalam kes 'rompakan'.

Susulan itu, suspek ditahan bersama adiknya manakala dua pembunuh upahan masih diburu. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain