suria

Guru paksa murid derma, malukan siapa tak buat depan khalayak

Seorang guru didakwa memalukan murid di sekolah.

SEORANG guru didakwa memalukan murid yang tidak menderma.

Tindakan itu dirakamkan supaya ibu bapa murid mengetahui kelakuan anaknya.

Pada masa sama, ia juga mengingatkan murid yang tidak menderma tetapi boleh menikmati makanan snek.

Kejadian yang tular berlaku di sebuah sekolah di Prabumulih di Sumatera Selatan, Indonesia.

Ia bermula apabila guru tersebut didakwa memaksa murid-murid supaya mengumpulkan wang untuk sumbangan dana.

Video berdurasi 56 saat itu menunjukkan seorang guru merakam murid yang menyumbangkan wang ke dalam peti sumbangan yang disediakan.

"Masukkan duit dalam tu. Boleh tahu siapa yang tak buat. Malu tak menyumbang," ujar guru berkenaan.

Susulan video yang tular itu, guru berkenaan dikritik hebat netizen. - Tribun Style

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain