TAHAP pengotor yang tidak tercapai dek akal! Seorang wanita di of Khon Kaen, rantau Isaan, Thailand meminta penganjur sebuah acara larian maraton membayar pampasan selepas seorang pesertanya membuang air besar di hadapan rumahnya. Wanita dikenali sebagai Walaikorn, 47, itu memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman media sebagai bukti dakwaannya. Dalam video tersebut, seorang peserta wanita dilihat berlari menjauhi kumpulan peserta lain dan menuju ke hadapan sebuah kenderaan. Selepas memastikan tiada sesiapa di situ, pelaku terus melepaskan hajat di hadapan rumah Walaikorn. Menurut Walaikorn, wanita tersebut merupakan peserta Maraton Antarabangsa Khon Kaen 2024. Katanya, dia sedia maklum bahawa peserta menggunakan jalan di hadapan rumahnya sebagai trek larian itu setiap tahun. “Apa yang dia lakukan amat menjijikkan,” katanya. Tambahnya, peserta tersebut sepatutnya membuang air besar di stesen minyak dan bukannya di depan rumah penduduk. Walaikorn mendesak agar pelaku tampil bertanggungjawab atas perbuataannya serta menambah, dia sudah melaporkan perkara itu kepada penganjur, namun tiada maklum balas diterima. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube