suria

Gadis jelita beli udara dalam bungkusan dari negeri seberang, petua untuk kesihatan mental lebih baik

Zueenaputry membuat konten mengulas bungkusan udara yang dibeli secara atas talian.

SETIAP orang mempunyai cara yang tersendiri untuk merawat jiwa.

Baru-baru ini tular video di platform media sosial Indonesia mengenai seorang wanita yang membeli bungkusan plastik berisi udara dari Bandung dan Jakarta secara atas talian.

Menurut wanita yang bernama Zueenaputry itu, dia sering membuat reviu udara dari tempat yang berbeza-beza.

"Review udara Bandung dan Jakarta. Bungkusan sudah sampai, mari kita buka.

“Harganya 12,000 rupiah (RM3.50) setiap satu. Selepas didarab dua, ia menjadi 24,000 rupiah (RM7). Caj penghantaran adalah 4,000 rupiah (RM1.20),” kata Zueenaputry yang merupakan seorang remaja berumur 18 tahun.

Tambah Zueenaputry, udara yang dibeli dari Bandung dan Jakarta dikatakan adalah istimewa kerana ia boleh membantu untuk menghilangkan tekanan.

Tanpa melengahkan masa lagi, Zueenaputry segera membuka bungkusan plastik itu dan menghirup udara di dalamnya.

"Terhidu sekali aroma debu. Kawan-kawan, saksikanlah, saya semakin tenang selepas menghirup udara ini.

"Dengan hanya bajet 12,000 rupiah (RM3.50), saya sudah boleh menghidu udara Jakarta tanpa perlu melancong.

"Kita cuba pula udara daripada Bandung, wah terasa lebih segar udaranya, berbeza sekali sensasinya," ulas Zueenaputry yang berasal dari Bogor, Jawa Barat, Indonesia. - Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain