suria

Demi cinta, pemuda sanggup menyamar jadi wanita duduki peperiksaan ganti GF

Seorang memalsukan identiti dan menyamar sebagai wanita. -Gambar X

SEORANG lelaki sanggup menyamar sebagai wanita untuk menduduki ujian mewakili calon sebenar iaitu kekasihnya.

Pemuda itu, Angrez Singh berpakaian seperti wanita, memakai mekap untuk menyamar sebagai kekasihnya, Paramjit Kaur.

Singh juga memalsukan identitinya menggunakan kad pengundi palsu untuk menduduki peperiksaan pengambilan pekerja kesihatan pelbagai guna bagi menggantikan Kaur di sebuah universiti pada 7 Januari lalu.

Bagaimanapun, pemuda itu ditahan selepas cap jarinya tidak sepadan dengan calon sebenar pada peranti biometrik.

Ia sekali gus membongkarkan penyamaran Angrez Singh yang berpakaian seperti wanita dan menggunakan kelayakan palsu untuk hadir dalam peperiksaan bagi menggantikan kekasihnya.

Menurut polis, satu aduan telah dilaporkan terhadap Singh oleh pentadbiran universiti dan dia ditahan.

Polis memaklumkan perkara tersebut kini dalam siasatan. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain