suria

Labah-labah, lipas penuh rumah! Petugas media diganggu selepas keluarkan laporan tentang e-dagang

Pelbagai pendedahan masyarakat disiarkan menerusi laman berita. -Gambar hiasan The Star

GARA-GARA menghantar labah-labah hidup dan lipas kepada petugas media, eBay diarahkan membayar denda berjumlah 3 juta dolar Amerika (RM13,924,500).

Segalanya bermula apabila pekerjanya tidak berpuas hati selepas terdapat laporan berita yang mengkritik e-dagang itu pada 2019.

Bukan sahaja mengganggu, pekerja terlibat juga bertindak mengintip perjalanan rentas negeri dan perkhidmatan komunikasi elektronik mangsa.

Susulan daripada itu, eBay perlu menandatangani perjanjian pendakwaan tertunda, yang memerlukannya membayar penalti jenayah berkenaan.

Syarikat itu juga dikehendaki mengekalkan pemantau pematuhan korporat bebas untuk tempoh tiga tahun dan membuat peningkatan yang meluas kepada program pematuhannya.

“EBay terlibat dalam kelakuan jenayah yang sangat mengerikan. Kakitangan syarikat dan kontraktor yang terlibat telah meletakkan mangsa di dalam keadaan yang teruk dengan tujuan untuk menutup pelaporan dan melindungi jenama eBay,” kata Pemangku Peguam Amerika Syarikat Joshua S. Levy. - People.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain