suria

Rider maut ditikam pengawal keselamatan, warga maya salahkan 'cabaran' kerja

Pesalah akan dihukum berlandaskan undang-undang negara. -Gambar hiasan

'CABARAN' kerja yang terpaksa dilalui mencetuskan pertengkaran antara pekerja penghantaran (rider) dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Shandong China, baru-baru ini.

Susulan daripada itu, pekerja penghantaran maut selepas ditikam beberapa kali oleh pengawal keselamatan terbabit.

Menerusi laporan SCMP, semasa kejadian, mangsa didatangi pengawal keselamatan kerana dilihat mundar mandir di hadapan pintu masuk kompleks kediaman tersebut.

Selepas perbualan ringkas, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dari tali pinggangnya dan menikam dada mangsa.

Mangsa yang cuba berundur bagaimanapun terus diserang sehingga menyebabkan beberapa luka di bahagian dada, pinggang, belakang serta muka.

Insiden yang tular itu kemudiannya mendapat perhatian masyarakat dan rata-rata warga maya menyalahkan 'sistem' pekerjaan.

Ia berikutan, pengawal keselamatan akan didenda 50 yuan atau kira-kira RM30 bagi setiap kemasukan tanpa kebenaran manakala pekerja penghantaran berhadapan penalti sekiranya lewat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain