SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa terlibat dalam insiden kebakaran rumah dan kes rogol ibu mentuanya. Kejadian berlaku di wilayah selatan Phetchaburi di Thailand, pada 9 Januari lalu. Polis Kaeng Krachan pada 10 Januari memulakan operasi mencari dua suspek, Yuranan Pranprai dan Chaiwat Auambut, juga dikenali sebagai Pae, kerana membakar rumah isteri Yuranan, Prapaporn Deeden, 36. Kedua-dua suspek juga memperdaya ibu Prapaporn yang berusia 56 tahun, Janya Deeden sebelum didakwa merogolnya di rumah lain. Yuranan mengaku membakar rumah isteri tetapi menafikan mendalangi kes rogol ibu mentuanya. Yranan mendakwa Janya memberitahu polis bahawa Chaiwat adalah pengedar dadah, yang menyebabkan perogol itu naik angin. Menurut Yuranan, Chaiwat meminta berjumpa Janya bagi menyelesaikan perkara itu. Yuranan bagaimanapun tidak menyangka Chaiwat akan merogol ibu mentuanya dan hanya mengetahui serangan seksual itu ketika menjemput Janya di rumah. Janya mendedahkan kejadian rogol itu kepada isterinya, yang berang dan menghalaunya keluar dari rumah. Kesal dan marah terhadap tindakan iterinya, dia kemudian kembali ke rumah pada waktu malam dan membakarnya. Polis kini memburu Chaiwat yang masih bebas. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube