UMUR hanyalah sekadar angka. Begitulah prinsip yang dipegang seorang model warga emas yang membesar di New York. Berusia 93 tahun, Carmen Dell’Orefice masih aktif melakukan peragaan atau model dalam industri fesyen sehingga menjadi penghias kulit beberapa majalah terkenal antarabangsa. Carmen mula kerjaya model sejak usia 13 tahun. Berkongsi cerita, dia mula menceburi bidang peragaan ketika berusia 13 tahun, selepas isteri kepada jurugambar Herman Landschoff memintanya beraksi di dalam bas ketika dalam perjalanan ke kelas balet. Susulan daripada itu, gambarnya tersebar luas dan mendapat perhatian ramai jurugambar terkenal. Dua tahun kemudian, dia menjadi penghias kulit majalah Vogue dan model kegemaran Erwin Blumenfeld. Usia bukan penghalang untuknya berada di pentas peragaan. Meskipun memperoleh pendapatan sebagai model, namun ia tidak cukup untuk menampung kehidupannya bersama ibu sehingga mereka terpaksa mengambil upah sebagai tukang jahit. Lebih menyedihkan apabila dia turut dieksploitasi oleh suami selepas mendirikan rumah tangga pada 1950. Selepas berpisah, Carmen berkahwin pula dengan jurugambar Richard Heimann sebelum ditinggalkan lelaki itu pada 1958, kerana dia nekad berhenti model. Tampil anggung meskipun di usia emas. Berhadapan masalah kewangan pada 1978, dia kembali semula ke dunia peragaan dan menjadi penghias kulit majalah sekali lagi. Sejak itu, Carmen tidak berhenti menjadi model dan terbaharu telah menjadi penghias kulit Vogue Czechoslovakia, sebagai model tertua di dunia. “Lelaki dan wanita harus menjaga dan menyayangi diri mereka sendiri. Salah satu rahsia untuk mengekalkan kecantikan ialah melakukan apa yang dilakukan pada bayi. "Itulah yang harus kita lakukan dengan diri kita sendiri iaitu memelihara, menyayangi dan memberikan tenaga," ujarnya ringkas. - Oddity Central Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube