suria

Kantoi skodeng dan rakam jiran mandi, lelaki terima 'hukuman' daripada penduduk

Seorang lelaki ditangkap selepas melakukan perbuatan yang tidak bermaruah.

TINDAKAN mengintai membawa padah.

Seorang lelaki dicekup orang awam selepas dia ditangkap merakam secara senyap-senyap wanita mandi di dalam tandas demi memuaskan hawa nafsunya.

Lelaki terbabit kemudiannya diikat pada sebatang tiang elektrik sebelum dipukul beramai-ramai oleh penduduk tempatan.

Insiden dipercayai berlaku pada petang Selasa di daerah Hubballi, negeri Karnataka, India.

Merungkai detik kejadian, lelaki itu yang merupakan pekerja pembinaan dikatakan meletakkan telefon bimbitnya di tingkap bilik air untuk merekod video sebelum mangsa berjaya menghidu gerak-gerinya.

Mangsa yang juga merupakan jiran suspek lantas menjerit sekuat hatinya sehingga berhasil menarik perhatian penduduk setempat untuk bergegas ke lokasi kejadian dan menangkap lelaki tersebut.

Selepas lelaki itu 'lunyai' dibelasah, dia kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan di Hubballi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain