TANGISAN beserta jerit pekik yang dilakukan kanak-kanak pastinya membingitkan. Bayangkan apabila ia berlaku di restoran dan kedai makan, para pengunjung yang lain. Situasi sama turut berlaku di sebuah cafe di Australia sehingga pemiliknya bertindak menghalau empat keluarga yang anaknya dilaporkan menangis. Bukan itu sahaja, pihak pengurusan cafe terbabit turut mengugut dengan menyatakan mereka akan membuat panggilan polis sekiranya keluarga terbabit tidak meninggalkan premis dengan segera. Menerusi laporan NDTV World, salah sebuah keluarga terlibat memuat naik luahan di media sosial tentang insiden yang dialami dan mahu melancarkan boikot pada kedai berkenaan. Namun, malangnya, dia 'disekolahkan' warga maya selepas pemilik restoran memuat naik insiden yang berlaku itu bersama rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Malah katanya, kanak-kanak terlibat telah 'mengamuk' dan menangis selama 15 minit sebelum dia mengambil tindakan pengusiran selepas keluarganya enggan keluar ketika diminta secara sopan. "Selama kira-kira 15 minit kanak-kanak itu menangis dan menjerit mengganggu pelanggan lain yang cuba menikmati makanan mereka dan suasana kafe. Tangisan dan jeritan itu berterusan dan kuat," kata pemilik restoran. Rata-rata netizen juga menyokong tindakan pemilik cafe tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube