suria

Kejam! Kanak-kanak 'disumbat' bateri, skru sehingga maut

Kanak-kanak dibunuh oleh teman kekasih ayahnya. -Gambar hiasan

TIDAK berperikemanusiaan.

Begitulah yang dilakukan seorang wanita Pennsylvania terhadap anak perempuan teman lelakinya yang baru berusia 12 bulan.

Aleisia Owens, 20, didakwa melakukan pembunuhan jenayah selepas kanak-kanak yang dikenali sebagai Iris Alfera, meninggal dunia akibat kandungan aseton yang tinggi dalam darahnya.

Berdasarkan pendakwaan, Iris didapati menelan beberapa manik air (water beads), bateri berbentuk butang dan skru logam yang diberikan wanita terbabit.

Mangsa meninggal dunia selepas empat hari dirawat di hospital.

Mangsa meninggal dunia selepas empat hari dirawat di hospital.

Susulan itu, Iris didapati tidak sedarkan diri pada 25 Jun di rumah New Castle bapanya yang juga tempat tinggal suspek.

"Mangsa kemudian meninggal dunia di hospital empat hari kemudian," kata pendakwa raya.

Lebih menyayat hati apabila wanita tersebut didakwa sengaja menyediakan 'makanan' tersebut berdasarkan sejarah carian di laman sesawang.

“Siasatan menunjukkan bahawa, selama berbulan-bulan, defendan menjalankan penyelidikan teliti tentang bagaimana bahan tertentu membahayakan kanak-kanak," tambahnya.

Selain pembunuhan, Owens menghadapi banyak pertuduhan lain termasuk cubaan membunuh, serangan teruk terhadap kanak-kanak dan membahayakan kebajikan kanak-kanak. - People.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain