suria

Sultan Brunei iringi Putera Mateen naik pelamin, perkenan menapak tangan pengantin lelaki ke atas jemala Dayang Anisha

Putera Mateen dan Dayang Anisha diraikan dalam Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei yang berlangsung pada pagi Ahad.

BAGAI pinang dibelah dua.

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya, Dayang Anisha Rosnah mencuri perhatian ramai menerusi Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei yang berlangsung pada pagi Ahad.

Selepas dinikahkan pada Khamis, pasangan itu diraikan dalam upacara persandingan penuh tradisi diraja yang bermula pukul 10.10 pagi di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Majlis meraikan Pengantin Diraja Brunei itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat itu dapat disaksikan menerusi saluran YouTube Radio Televisyen Brunei (RTB).

mateen2

Majlis penuh istiadat itu berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Antara momen yang mencuri tumpuan tentunya ketika Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengiringi Putera Mateen untuk naik ke singgahsana.

Sultan Brunei dilihat berkenan menapakkan tangan Putera Mateen ke atas jemala Dayang Anisha sambil diiringi selawat.

ARTIKEL BERKAITAN: 17 das tembakan meriam dilepaskan! Segak berbusana putih, Putera Mateen bergelar suami dengan sekali lafaz

Untuk rekod, Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain