suria

Aneh! Ikan tanpa ekor, separuh badan masih aktif berenang

Ikan separuh yang berjaya diselamatkan dari kolam market.

PELIK tapi benar.

Seekor ikan dengan keadaan badan terputus dua didapati hidup selepas 'diselamatkan' dari pasar awam Thailand.

Menerusi rakaman video tular, ikan tersebut tidak mempunyai separuh bahagian badan dan ekor namun masih boleh berenang menggunakan sirip di bahagian belakang dan berhampiran kepalanya.

Difahamkan, ikan spesis golden belly barb ini menjadi 'cacat' selepas cuba berenang keluar dari kolam simen.

Menurut pemiliknya, Watchara Chote, 36, ikan tersebut ditemui di dalam kolam market sebelum mengambilnya untuk dipelihara.

Menamakan ikan tersebut 'I-half', dia kemudian menjaganya selama lebih enam bulan.

Malah sepanjang tempoh itu, I'half dibawa ke beberapa lokasi untuk dipamerkan kepada umum.

Bagaimanapun, ia didapati mati ketika dipamerkan baru-baru ini.

Susulan daripada itu, orang ramai memberikan derma kepada Watchara supaya ikan tersebut dikebumikan dalam keranda. - Independent

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain