KEJAM dan tidak berperikemanusiaan! Seorang bayi perempuan ditemukan di bawah tangga ruang solat sebuah surau pada awal pagi Jumaat. Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita melahirkan bayi itu di dalam surau berkenaan kira-kira pukul 1.20 pagi. Selepas selamat bersalin secara sendirian, wanita itu dilihat bangun dan meninggalkan bayinya di dalam rumah ibadat tersebut, dalam kejadian di Kota Depok, Jawa Barat, Indonesia. Bagaimanapun, dia sempat membersihkan bayi tersebut sebelum berlalu pergi. Bayi malang itu kemudiannya diselamatkan oleh jemaah surau yang hadir untuk menunaikan solat Subuh dan mendengar suara tangisan. Lebih menyedihkan, penduduk kampung menjumpai bayi itu ditinggalkan tanpa alas di atas lantai surau. Sehingga kini polis atau penduduk kampung gagal menjejaki identiti pelaku. "Kami percaya berdasarkan cara dia membuang bayi perempuan dalam keadaan hidup di surau, ia dilakukan dengan sengaja," kata Ketua Polis Cimanggis, Kompol Judika Sinaga. Pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu. Bayi itu pula telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. -Depok.inews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube