suria

Anjur majlis ‘baby shower’ untuk 5 wanita, ramai terkejut rupanya ayah sama

Majlis 'baby shower' bagi meraikan lima wanita hamil. -Gambar lizzyashmusic

MEDIA sosial digemparkan dengan tindakan seorang lelaki yang mengadakan majlis sambutan bayi (baby shower) untuk lima wanita selepas menghamilkan kesemua mereka.

Salah seorang daripada lima wanita itu, Lizzy Ashliegh berusia 29 tahun yang juga pemuzik dari Brooklyn di New York, Amerika Syarikat, berkongsi mengenai majlis sambutan itu di laman sosial.

Bakal ibu berkenaan mendedahkan dirinya hamil anak kepada rakan pemuziknya, Zeddy Wills.

Empat lagi wanita tersebut turut hamil dengan lelaki yang sama.

Bagaimanapun, ramai netizen terkejut dan mengkritik situasi pelik itu.

Dalam klip awalnya yang meraih lebih 9 juta tontonan, Lizzy berkongsi jemputan majlis baby shower yang diadakan di Queens, New York.

Ia memaparkan gambar seorang lelaki yang dikelilingi lima wanita hamil berserta kapsyen: 'Selamat datang Zeddy Wills 1 hingga 5.'

Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dan pendapat netizen.

"Tolong beritahu saya ini tidak benar.

"Bagaimana semua orang yang terlibat tidak berasa malu?

"Anda tidak akan menemui saya dalam situasi seperti ini," komen netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan berzina atau hubungan luar nikah adalah dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain