suria

Wanita pilih kekasih, sanggup biarkan anak 7 tahun hidup sendirian tanpa pengawasan

Rumah yang dihuni kanak-kanak tersebut kosong.

SEORANG wanita sanggup membiarkan anak kandungnya tinggal sendirian selama dua tahun demi menjalani kehidupan baru bersama kekasih.

Kanak-kanak lelaki malang yang ketika itu baru berusia tujuh tahun hanya diberikan makanan proses di dalam tin dan apa sahaja lebihan daripada jiran tetangga.

Malah ibunya hanya pulang beberapa kali sebulan bagi memastikan keadaannya dan menyediakan makanan tin.

Susulan daripada itu, para jiran tidak menyedari bahawa kanak-kanak terbabit tinggal bersendirian.

Situasi menyedihkan di Perancis itu terbongkar selepas pasukan polis memasuki kediaman yang dihuni kanak-kanak lelaki tersebut dan melihat keadaan rumah seperti ditinggalkan.

Bukan sahaja peti sejuk kosong, malah tong sampah dipenuhi dengan pembungkus kek dan tin makanan kosong selain tiada tanda kehadiran orang dewasa seperti pakaian, kasut mahupun berus gigi.

Selepas melakukan soal siasat, mereka mengesahkan bahawa dia telah tinggal sendiri selama dua tahun dan ibunya jarang datang melawat.

Susulan daripada itu ibunya yang berusia 39 tahun, didakwa kerana mengabaikan kanak-kanak terbabit dan dipenjara selama 18 bulan. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain