suria

Anjing alami trauma akibat dipukul serang pemilik, orang awam

Zeus ditembak mati selepas mencederakan pemiliknya.

PERNAH dipukul dan dicederakan membuatkan haiwan turut mengalami tekanan mahupun trauma.

Seperti yang dialami anjing jenis bulldog ini, ia pernah menjadi mangsa penderaan dan keganasan orang sekeliling sehingga hidup dalam ketakutan.

Keadaan dialaminya itu mendapat perhatian seorang lelaki yang kemudian mengambilnya sebagai haiwan peliharaan beberapa minggu lalu.

Tambahan pula badannya dipenuhi parut kesan kecederaan yang tidak dirawat.

Bagaimanapun, tanpa disangka anjing tersebut bertindak menyerangnya tiba-tiba ketika mereka keluar membeli barang makanan haiwan di Loudonhill Avenue, pada Selasa.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anjing yang dinamakan Zeus pada awalnya menunjuk rasa gembira dengan mengibas-ngibaskan ekor dan melompat ke kaunter kedai sebelum diberi makan biskut.

Pemiliknya kemudian dilihat menepuk kepala Zeus sebelum haiwan tersebut tiba-tiba menyerang sehingga mengalami kecederaan serius.

Malah Zeus turut mencederakan seorang lagi lelaki selepas berlari keluar dari Loudonhill Avenue, Scotland.

Susulan serangan yang dilakukan itu, Zeus ditembak mati oleh pasukan polis pada pukul 5 petang kerana cuba melakukan serangan terhadap anggota bertugas. - Metro

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain