PERASAAN cinta dan sayang yang terlampau sering kali membuatkan sesetengah individu melakukan perkara tidak wajar. Begitulah yang dilakukan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia, apabila dia sanggup memberikan beratus gambar aksi dan video berunsur lucah kepada teman lelaki. Perbuatannya itu terbongkar selepas kesemua video dan gambar tersebut tular di media sosial. Lebih menyedihkan apabila ibunya hanya menyedari perkara tersebut selepas ia dimaklumkan oleh seorang individu yang tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp. Susulan daripada itu, ibunya membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku. Remaja terbabit juga didapati mengalami trauma selepas mengetahui video dan gambar lucahnya tersebar di media sosial sehingga enggan pergi ke sekolah. Terdahulu, 26 video dan ratusan gambar lucah yang dipercayai milik pelajar terbabit tular di media sosial. - Detik News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube