suria

Geram 3 anak tak balik jenguk, warga emas ubah wasiat... Serah semua pada haiwan peliharaan

Wanita sanggup menyerahkan keseluruhan harta dan wangnya kepada haiwan peliharaan.

BAGI pencinta binatang, haiwan peliharaan sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit demi memberi keselesaan kepada haiwan peliharaan.

Seperti wanita ini, dia telah meninggalkan keseluruhan hartanya kepada haiwan peliharaan.

Memetik laporan SCMP, warga emas dari Shanghai, China ini telah mengagihkan 20 juta yuan (RM13.3 juta) untuk kucing dan anjing peliharaan.

Menerusi wasiat awal yang dibuatnya beberapa tahun lalu, kesemua harta dan wang tersebut telah diagihkan kepada tiga anaknya.

Namun, dia berubah fikiran tentang harta pusaka berikutan anak-anaknya tidak menziarahi atau menjaganya ketika sakit.

Dia menukar wasiatnya dan menegaskan semua wangnya mesti digunakan untuk menjaga haiwan peliharaannya serta anak mereka selepas dia mati.

Sebuah klinik veterinar tempatan telah dilantik sebagai pentadbir harta pusakanya dan bertanggungjawab untuk menjaga haiwan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain