suria

Kejam! Lelaki paksa isteri minum pencuci lantai sehingga maut

Isteri meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital.

AKIBAT perselisihan faham, seorang suami tergamak memaksa isterinya minum pencuci lantai sehingga maut keracunan.

Lebih menyedihkan apabila, anak mangsa berusaha mendapatkan air putih daripada jiran tetangga bagi membantu ibunya.

Memetik laporan Okezone, meskipun pelik dengan situasi tersebut, namun tiada yang sedia membantu sehinggalah mangsa menghubungi salah seorang jiran terbabit bagi mendapatkan pertolongan.

Susulan daripada itu, dia dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada malam Rabu, semasa dirawat di hospital.

Menurut pihak berkuasa, pihaknya menduga mangsa diberikan pencuci lantai berikutan terdapat kesan cairan tersebut di lokasi kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain