suria

Lelaki nekad terjun jambatan berjaya dipujuk dengan tawaran nasi beriani

Jambatan di Kolkata, India yang menjadi lokasi kejadian. -Gambar hiasan

SESEORANG itu boleh bertindak di luar kawalan apabila berdepan dengan tekanan hidup.

Begitulah kisahnya dalam satu kejadian di Kolkata, India, apabila seorang lelaki membuat ugutan untuk terjun dari jambatan.

Walaupun begitu, pihak polis bijak menggunakan strategi di luar kebiasaan untuk memujuk lelaki tersebut turun daripada jambatan, iaitu dengan menawarkan set nasi beriani dan peluang pekerjaan.

Kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 2.30 petang waktu tempatan pada Isnin lalu dan menyebabkan jalan raya sesak hampir sejam.

Pada hari kejadian, mangsa menaiki sebuah motosikal bersama anak perempuannya dan berhenti berhampiran jambatan tersebut, dia memberitahu bahawa telefon bimbitnya terjatuh di atas jalan raya dan mahu pergi mengambilnya.

Namun, lelaki itu bertindak sebaliknya apabila dia memanjat palang besi dan mengancam untuk terjun dari jambatan itu.

Tidak lama kemudian, anggota Pasukan Pengurusan Bencana Polis Kolkata dan bomba tiba di lokasi kejadian.

Mereka memujuk lelaki tersebut dengan menawarkan kepadanya satu set nasi berani bersama peluang pekerjaan.

Insiden drama itu berakhir dengan lelaki berkenaan memutuskan untuk tidak terjun dari jambatan tersebut. - Wion News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain